DJOKOVIC akur dengan keputusan mahkamah dan akan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa. FOTO EPA
DJOKOVIC akur dengan keputusan mahkamah dan akan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa. FOTO EPA
Reuters

Melbourne: Pemain tenis nombor satu dunia, Novak Djokovic berkata dalam satu kenyataan bahawa dia sangat kecewa dengan keputusan pembatalan visa untuk masuk ke Australia.

Bagaimanapun, dia menghormati keputusan berkenaan dan akan memberi kerjasama dengan pihak berkuasa bagi meninggalkan negara berkenaan.

"Saya menghormati keputusan mahkamah dan saya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan berhubung pemergian saya dari negara ini," kata pemain berusia 34 tahun itu.

Djokovic kalah dalam usahanya untuk mengelak pengusiran dari Australia pada hari ini, dengan Mahkamah Persekutuan sebulat suara menolak rayuannya untuk tinggal di negara itu dan mempertahankan kejuaraan Terbuka Australia.

Tiga hakim Mahkamah Persekutuan memutuskan nasib Djokovic selepas drama 10 hari yang menyaksikan dia ditahan pihak berkuasa, dibebaskan dan kemudian ditahan semula menjelang Terbuka Australia bermula esok.

Djokovic, yang tidak mengambil suntikan vaksin Covid-19, merayu Menteri Imigresen, Alex Hawke menggunakan budi bicara yang ada padanya untuk membatalkan semula visanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 January 2022 @ 4:38 PM