Rafael Nadal (kanan) dan Novak Djokovic pencabar utama kejohanan. FOTO Agensi
Rafael Nadal (kanan) dan Novak Djokovic pencabar utama kejohanan. FOTO Agensi
Agensi

Melbourne: Rafael Nadal berkata dia bersimpati dengan nasib menimpa Novak Djokovic selepas tidak dibenarkan masuk Australia namun menambah pemain nombor satu dunia boleh beraksi tanpa sebarang masalah jika dia mahu berbuat demikian.

Djokovic dijangka mempertahan kejuaraan Terbuka Australia namun visanya dibatalkan sebaik tiba di Melbourne.

Pengecualian perubatan yang diberikan sensasi Serbia itu untuk beraksi di Australia mencetus kontroversi.

Djokovic sebelum ini meluahkan bantahan terhadap program vaksin.

Kejohanan Terbuka Australia dijadualkan bermula pada 17 Januari ini.

"Saya fikir jika dia mahu, dia boleh beraksi di Australia tanpa sebarang masalah," kata Nadal, selepas mencatat kemenangan pada kejohanan pemanas badan di Melbourne.

"Dia sudah mengambil keputusan dan setiap orang berhak membuat keputusan masing-masing tetapi terdapat beberapa kesan.

"Sudah tentu saya tidak suka dengan situasi yang berlaku. Bagaimanapun saya turut simpati dengannya. Pada masa sama dia tahu perkara ini sejak beberapa bulan lalu, jadi dia sudah membuat keputusannya."

Djokovic boleh membetulkan isu berkenaan segera dengan menjelaskan pihak berkuasa sempadan mengenai status vaksinasinya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 January 2022 @ 9:02 PM