DJOKOVIC berjalan bersama pasukannya menuju ke kapal terbang di Lapangan Terbang Melbourne selepas diusir dari Australia. FOTO Reuters
DJOKOVIC berjalan bersama pasukannya menuju ke kapal terbang di Lapangan Terbang Melbourne selepas diusir dari Australia. FOTO Reuters
Reuters

Belgrade: Keluarga Novak Djokovic berkata, mereka sangat kecewa dengan pihak berkuasa Australia yang membuat keputusan untuk membatalkan visa dan mengusir bintang tenis itu dari negara berkenaan.

"Kami sangat kecewa dengan keputusan Mahkamah Persekutuan dan Novak terpaksa meninggalkan Australia," kata keluarga Djokovic.

Mereka juga berkata keputusan mahkamah ada kaitan dengan politik dan beberapa perkara lain.

Djokovic diusir dari Australia hari ini selepas kalah dalam pertarungan undang-undang yang sensasi berhubung status vaksinasi dan dengan impiannya untuk merangkul rekod Grand Slam ke-21 tidak kesampaian.

Djokovic yang 'amat kecewa' berkata dia akan mematuhi keputusan Mahkamah Persekutuan selepas sebulat suara untuk mengekalkan pembatalan visanya kerana bimbang dia boleh mencetuskan sentimen anti vaksin.

"Saya tidak boleh tinggal di Australia dan menyertai Terbuka Australia. Saya harap kita semua boleh fokus pada permainan dan kejohanan yang saya sukai," kata Djokovic.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 January 2022 @ 10:56 PM