NOVAK Djokovic. FOTO AFP
NOVAK Djokovic. FOTO AFP
Reuters

Melbourne: Nick Kyrgios berkata Novak Djokovic mengucapkan terima kasih kepadanya kerana menyokongnya ketika berdepan masalah kemasukan ke Australia selepas visanya dibatalkan.

Kyrgios juga menggesa barisan pemain lain agar berdiri di belakang pemain nombor satu dunia itu yang sedang menunggu keputusan mahkamah sama ada boleh kekal di negara itu atau sebaliknya.

Tiga hakim Mahkamah Persekutuan akan memutuskan nasib Djokovic selepas drama 10 hari yang menyaksikan dia ditahan pihak berkuasa, dibebaskan dan kemudian ditahan semula menjelang Terbuka Australia bermula esok.

Djokovic, yang tidak mengambil suntikan vaksin Covid-19, merayu Menteri Imigresen, Alex Hawke menggunakan budi bicara yang ada padanya untuk membatalkan semula visanya.

"Novak menghubungi saya secara peribadi di IG (Instagram) dengan berkata, 'Terima kasih kerana menyokong saya'.

"Saya bukan orang yang dia jangkakan untuk membuat kenyataan di media dan membelanya," kata bintang Australia itu.

Kyrgios mengakui berasa malu dengan layanan terhadap Djokovic.

"Sebagai seorang manusia, dia memerlukan sokongan daripada barisan pemain lain," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 January 2022 @ 1:01 PM