ZIYAD sudah maklum akan perkara itu dan menerima apa yang di takdirkan kepadanya dirinya. FOTO AIZUDDIN SAAD
ZIYAD sudah maklum akan perkara itu dan menerima apa yang di takdirkan kepadanya dirinya. FOTO AIZUDDIN SAAD
Aida Adilah Mat


Kuala Lumpur: Jaguh lontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli sekali menegaskan bahawa dia sudah berdamai dengan takdir dan redha dengan ketentuan Ilahi dengan apa yang berlaku kepada dirinya.

Ini termasuk isu ganjaran yang diperkatakan sebelum ini, malah Ziyad sekali lagi menegaskan bahawa dia tidak kisah sekiranya tidak mendapat imbuhan atau ganjaran daripada kerajaan selepas rekodnya di temasya Paralimpik Tokyo Ogos lalu tidak diiktiraf.

Ziyad ketika dihubungi berkata, dia sudah maklum akan perkara itu dan menerima apa yang di takdirkan kepadanya dirinya.

"Bagi saya jika ada rezeki saya, adalah. Tapi kalau tak ada pun tak mengapa. Saya juga tidak menaruh harapan yang tinggi berhubung isu ganjaran ini.

"Apa yang sudah terjadi ini sudah ditentukan oleh Allah dan saya sudah melupakannya dan akan terus pandang ke depan untuk karier saya," katanya.

Ziyad berkata, dia tidak berasa kecewa apabila dimaklumkan bahawa dia tidak layak menerima Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) namun sekiranya Menteri Belia dan Sukan (KBS), Datuk Seri Faizal Azumu ingin bertemu untuk membincangkan mengenai ganjaran yang tiada kena mengena dengan peruntukan kewangan kerajaan, dia terima dengan hati yang terbuka.

Ziyad membuktikan, dia sudah membuka 'buku baru' apabila kembali ke pangkalan latihan di Majlis Sukan Negara (MSN).

Katanya, dia akan menunaikan janjinya untuk bangkit kembali dan mencipta rekod baru dunia sekali lagi tahun depan bermula di temasya Sukan SEA, Sukan Para Asia dan juga Kejohanan Olahraga Para dunia di Kobe Jepun pada 26 Ogos hingga 4 September 2022.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 November 2021 @ 8:24 PM