KOEPKA dikatakan kurang berminat beraksi dalam acara berpasukan. FOTO Agensi
KOEPKA dikatakan kurang berminat beraksi dalam acara berpasukan. FOTO Agensi
AFP

Los Angeles: Bekas ketua pasukan Piala Ryder Amerika Syarikat (AS), Paul Azinger mencadangkan sensasi golf, Brooks Koepka perlu melepaskan tempatnya dalam skuad berkenaan.

Azinger merasakan Koepka tidak berapa menyukai format pertandingan match play berdepan pasukan Eropah.

Ketika AS dijadualkan berdepan pasukan Eropah di Whistling Straits minggu depan dalam kejohanan dwi tahunan itu, selepas ia tertangguh selama setahun akibat Covid-10, Koepka hanya mengangkat keningnya dengan memberi komen kepada Golf Digest bahawa format berpasukan mungkin bukan kepakarannya.

"Agak aneh, jika saya ingin bercakap jujur. Saya tidak mahu memperkatakan ia minggu yang akan memberi kesukaran buat saya.

"Kami memang mempunyai kelebihan individu dan semua orang mempunyai rutin masing-masing serta cara yang berbeza untuk mengharunginya. Sekarang apa yang penting kami harus berbincang untuk membahagikan tugas masing-masing.

"Ada masanya saya memberi fokus kepada diri sendiri dan merangkul kejayaan individu. Saya melakukan tugas saya. Apa yang anda mahukan dari saya?.

"Saya tahu bagaimana menggalas tanggungjawab untuk melakukan pukulan setiap minggu. Sekarang, ada yang akan membuat pukulan teruk dan meletakkan saya dalam keadaan sukar. Saya tahu mengenai tanggungjawab bakal digalas. Ia perkara baru dan anda harus menukar cara berfikir mengenai kejohanan ini," kata Koepka.

Walaupun banyak pemain Piala Ryder bersemangat dengan peluang bermain sebagai satu pasukan untuk mencari sesuatu yang baru, Koepka kelihatan sedikit tersentuh mengenai tuduhan seperti itu.

Azinger tidak mempunyai masa untuk membincangkan apa yang diperkatakan oleh Koepka (kurang berminat beraksi secara berpasukan).

"Koepka, apabila saya terbaca artikel itu, saya tidak pasti sama ada dia sangat menyukai Piala Ryder atau tidak. Jika dia tidak berminat dia harus memberikan slotnya kepada pemain lain yang lebih menyukai Piala Ryder," kata Azinger.

Koepka yang juga juara empat kali kejuaraan utama berjanji awal bulan ini untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi Piala Ryder walaupun dia terpaksa menarik diri saingan Championship Jelajah PGA AS selepas mengalami kecederaan pergelangan tangan kiri.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 September 2021 @ 1:38 PM