KOEPKA melakukan pukulan pada lubang ke-16 kejohanan AT&T Byron Nelson. — FOTO AFP
KOEPKA melakukan pukulan pada lubang ke-16 kejohanan AT&T Byron Nelson. — FOTO AFP
AFP

BROOKS Koepka memanaskan badan sebelum mempertahankan Kejuaraan PGA minggu depan dengan catatan enam bawah par 65 pada pusingan pertama kejohanan AT&T Byron Nelson di Dallas, Texas awal pagi tadi.

Koepka, yang mahu menokok kejuaraan utama keempat di Bethpage Black, New York minggu depan, membenam lapan birdie dan dua bogey untuk mengakhiri pusingan dua pukulan di belakang pendahulu.

Catatan pemain berusia 29 tahun itu mungkin lebih bagus jika tidak kerana dua bogey pada sembilan lubang kedua yang menjejaskan harinya di Trinity Forest Golf Club.

“Beberapa minggu ini saya lebih kagum dengan diri sendiri dan bagaimana bagus saya memukulnya,” kata Koepka.

KOEPKA melayan soalan wartawan ketika sidang media. — FOTO AFP
KOEPKA melayan soalan wartawan ketika sidang media. — FOTO AFP

“Menguasainya menyeronokkan dan kemudian dari sana anda hanya cuba berasakan anda melihat pukulan putt masuk ke lubang.”

Koepka, yang bermula di lubang ke-10, menolak masuk birdie dari jarak 41 kaki di lubang ke-18 sebelum membenam satu lagi dari jarak 19 kaki di lubang kedua par-tiga.

Dengan keadaan lapangan basah memberi peluang catatan rendah, Koepka muncul seroang daripada sembilan pemain terikat di tangga keempat dengan enam bawah par, kelompok yang termasuk pemain Sweden, Jonas Blixt, pemain Korea Selatan, Kang Sung Ho dan pemain Australia, Matt Jones.

Denny McCarthy dari Amerika Syarikat merakam catatan terendah hari pertama, mendahului satu pukulan dengan lapan bawah par 63.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Mei 2019 @ 12:14 PM