RAHM bersama trofi Masters dimenanginya.
RAHM bersama trofi Masters dimenanginya.
AFP

Augusta, Amerika Syarikat: Pemain Sepanyol John Rahm mencipta tiga bawah par 69 pada pusingan akhir untuk menjuarai kejohanan Masters pertamanya di Augusta National Golf Club awal pagi tadi.

Kejayaan Rahm hadir pada ulang tahun ke-40 legenda Sepanyol Seve Ballesteros meraih kemenangan kedua kejohanan Masters. 9 April juga hari kelahiran Ballesteros.

Ballesteros mengetuai pasukan Eropah menjuarai Piala Ryder 1997 di Sotogrande, Sepanyol, sesuatu yang mempengaruhi Rahm, keluarga dan minat mereka dalam golf.

"Sejarah kejohanan punca utama kenapa saya bermain dan salah satu sebab mengapa saya beraksi dan Seve salah seorang daripada mereka," kata Rahm mengenai Ballesteros yang meninggal dunia pada 2011 ketika berusia 54 tahun.

"Jika tidak kerana Piala Ryder '97, kami tidak tahu di mana saya sekarang."

Rahm juara Terbuka Amerika Syarikat 2021 meraih trofi kejohanan utama keduanya selepas mencatat 12 bawah par 276 dengan kemenangan empat pukulan.

Brooks Koepka yang mendahului perlawanan sejak Khamis lalu merosot di pusingan akhir dengan 75 dan menamatkan kedudukan di tangga kedua bersama Phil Mickelson (65).

Semalam, Tiger Woods terpaksa menarik diri daripada kejohanan selepas mengalami kecederaan ibu jari kanan.

Dia berbaki 10 lubang untuk dilengkapkan pada pusingan ketiga dan 18 lagi di pusingan keempat.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 April 2023 @ 10:43 AM