SHA'CARRI mara ke separuh akhir acara 200m di Kejohanan Olahraga Dunia di Budapest, hari ini. FOTO AFP
SHA'CARRI mara ke separuh akhir acara 200m di Kejohanan Olahraga Dunia di Budapest, hari ini. FOTO AFP
AFP

Budapest: Sha'Carri Richardson melangkah ke separuh akhir acara 200 meter (m), hari ini, dalam usaha muncul wanita keempat dan pertama dari Amerika Syarikat (AS) yang menang gelaran pecut berganda di Kejohanan Olahraga Dunia.

Sha'carri perlu bekerja keras untuk mengatasi pencapaian Silke Gladisch pada 1987, Katrin Krabbe (1991) dan Shelly-Ann Fraser-Pryce (2013).

Gabby Thomas yang menewaskan Sha'carri ketika pemilihan AS dan juara bertahan dari Jamaica, Shericka Jackson yang tampil untuk membalas dendam selepas hanya merangkul perak dalam acara 100m, bakal menjadi pencabar hebat.

Sha'carri memperlahankan larian pada 20m terakhir untuk menamatkan larian dengan masa 22.16 saat (s) iaitu catatan terpantas di peringkat saringan manakala pelari veteran Ivory Coast, Marie Josee Ta Lou menduduki tempat kedua.

Marie Josee, 34, menduduki tempat keempat acara 100m, tetapi berharap dapat mengulangi pencapaian memenangi perak acara 200m di kejohanan dunia 2017.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Ogos 2023 @ 9:26 PM