Sha’Carri akan bersaing bersama juara Olimpik Elaine dan pelari Jamica yang lain. FOTO AFP
Sha’Carri akan bersaing bersama juara Olimpik Elaine dan pelari Jamica yang lain. FOTO AFP
AFP

New York: Bintang pecut Amerika Syarikat (AS ) yang digantung penyertaan dari menyertai temasya Olimpik Tokyo selepas diuji positif menggunakan gangsa, Sha'Carri Richardson kembali beraksi dan bertekad untuk membuktikan kepada dunia bahawa dia mampu menjadi lebih baik.

Sha'Carri akan bersaing bersama juara Olimpik, Elaine Thompson-Herah dan rakan dari Jamaica yang melengkapkan podium di Tokyo dalam saingan Liga Berlian, Prefontaine Classic di Eugene, Oregon.

"Saya kembali, terima kasih kerana pada akhirnya saya melakukan kesilapan namun ia tidak menghilangkan bakat dan siapa saya," kata Sha'Carri.

"Saya berasa teruja. Saya rasa gembira kerana dapat kembali melakukan apa yang saya gemari."

Bintang pecut berusia 21 tahun itu menang acara 100 meter di Kejohanan Ujian Olimpik AS di Eugene pada Jun namun digantung 30 hari selepas diuji positif mengambil ganja.

Sha'Carri sebelum ini memaklumkan dia mengambil ganja sebelum kejohanan berkenaan selepas mengetahui kematian ibu kandungnya.

Perkara itu menyebabkan dia hanya dapat menyaksikan Olimpik dari kaca televisyen dengan perasaan bercampur baur.

"Waktu yang ada kalanya berasa pahit tapi pada masa yang sama manis kerana kerana ia memberi saya lebih banyak.

"Ia memberi saya lebih banyak masa. Ini memberi saya lebih banyak peluang untuk buktikan pada dunia bahawa saya berada di sini dan memastikan saya dapat terus berlari lebih lama.

"Ia membuatkan saya rasa ingin terus maju ke depan dan berlari lebih laju," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Ogos 2021 @ 11:19 AM