THOMAS sedia untuk mempertahankan kejuaraan Sentry Tournament of Champio. FOTO AFP
THOMAS sedia untuk mempertahankan kejuaraan Sentry Tournament of Champio. FOTO AFP
Agensi

Hawaii: Ketika kejohanan lain semakin mengecil disebabkan Covid-19, situasi berbeza buat saingan Sentry Tournament of Champions yang berjaya bintang handalan golf dunia minggu depan.

Antara pemain yang sudah membuatkan pengesahan adalah nama-nama besar dalam sukan golf seperti Bryson DeChambeau, Collin Morikawa, Justin Thomas dan Jon Rahm.

Selain menjemput juara Jelajah PGA beraksi di Sentry Tournament of Champions 2021, semua pemain yang layak beraksi di Tour Championship tahun ini juga dijemput untuk menghangatkan lagi saingan.

Ini bermakna, Rory McIlroy juga boleh mengambil bahagian, begitu juga dengan Xander Schauffele.

Bagaimanapun, setakat ini tidak ada sebarang pengesahan bahawa bintang golf dunia itu akan mengambil bahagian atau tidak.

Apa pun juara bertahan, Thomas menjadi tumpuan utama bersama Morikawa, juara Terbuka Amerika Syarikat,DeChambeau dan pemain nombor dua dunia, Rahm.

"Ia akan menjadi gelanggang sukar dengan kehadiran ramai bintang golf terbaik dunia yang tidak sabar untuk memperagakan aksi cemerlang," kata Thomas.

Disebabkan lapangan Kapalua Resort Plantation Course agak kecil berbanding kejohanan Jelajah PGA yang biasa, ramai pemain yang perlu dijinakkan dengan masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri.

Thomas mengakui dia akan melihat kejohanan berkenaan secara serius dan disebabkan itulah dia berjaya merangkul dua kejuaraan.

"Saya rasa ia adalah lapangan yang sangat baik buat saya. Ia tidak terlalu panjang, banyak par 5, jadi saya rasa mampu untuk meraih kelebihan dengan pukulan pendek, tatkala ia adalah kekuatan dalam permainan saya," kata Thomas.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Disember 2020 @ 11:59 AM