FINAU tidak menolak kemungkinan akan menyertai LIV. FOTO AFP
FINAU tidak menolak kemungkinan akan menyertai LIV. FOTO AFP
Agensi

London: Tony Finau enggan menolak khabar angin bahawa dia akan menyertai LIV Golf, selepas pemenang Jelajah PGA enam kali itu mengucapkan selamat maju jaya kepada pemain terbaharu menyertai jelajah itu, Jon Rahm.

Selepas berminggu-minggu spekulasi perpindahan Rahm ke LIV akhirnya ia diumumkan oleh jelajah dibiayai oleh Arab Saudi pada pertengahan minggu ini dengan pemain Sepanyol itu menyertai perjanjian £450 juta (RM2.6 bilion).

Bersama Rahm, sejumlah nama besar lain dikaitkan untuk menyertai jelajah berkenaan.

Salah seorang daripada mereka ialah rakan baik pemain Sepanyol itu, Finau, dan semasa beraksi di Jemputan Grant Thornton minggu ini, pemain berusia 34 tahun itu menjawab khabar angin yang mengaitkannya dengan jelajah berkenaan.

"Tidak, belum lagi (sertai LIV). Saya tidak akan sembunyikan apa-apa, selain daripada bermain," katanya.

Ketika enggan menolak penghijrahan ke LIV, Finau hanya mengucapkan selamat berjuang untuk Rahm.

"Ya, saya rasa dia membuat keputusan terbaik yang dia rasa sesuai untuk keluarga dan dirinya sendiri. Saya gembira untuknya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Disember 2023 @ 12:52 PM