COLLIN Morikawa. -FOTO EPA
COLLIN Morikawa. -FOTO EPA
AFP

Brookline: Saingan Terbuka Amerika Syarikat (AS) yang akan bermula Khamis ini bakal menguji keupayaan pemain golf terkemuka dunia dengan mengenai susun atur lapangan yang menggerunkan selain disulami dengan kontroversi.

Juara bertahan, Jon Rahm, juara empat kali kejohanan utama Rory McIlroy, juara Masters Scottie Scheffler dan dua kali pemenang kejohanan utama Justin Thomas dan Collin Morikawa menarik perhatian peminat bakal menjadi pilihan di The Country Club.

"Anda perlu bersedia dari segala aspek permainan untuk bermain golf dengan bagus," kata juara bertahan Terbuka Brisitsh, Morikawa.

Selain kesukaran di atas padang golf dan green yang lebih laju, Persatuan Golf AS turut mencetuskan drama apabila membenarkan pemain dari Siri Golf LIV yang disokong Saudi untuk bermain di kejohanan itu dan bukannya mengharamkan mereka bermain seperti di Jelajah PGA AS.

Akibatnya, bintang AS, Dustin Johnson, Phil Mickelson, Patrick Reed dan Bryson DeChambeau antara mana yang akan berusaha memburu gelaran utama dalam pertarungan LIV-PGA pertama.

"Siapa tahu mungkin kami suka semua drama ini?" kata Morikawa.

"Ia menjadi gangguan dan anda tidak mahu tertumpu pada ini atau itu. Kami di sini untuk menang Terbuka AS."

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Jun 2022 @ 12:00 PM