MORIKAWA berpeluang untuk merampas kedudukan nombor satu dunia. FOTO EPA
MORIKAWA berpeluang untuk merampas kedudukan nombor satu dunia. FOTO EPA
Reuters

Florida: Lima pemain golf mempunyai peluang untuk merangkul takhta nombor satu dunia selepas berakhir saingan Kejohanan The Players hujung minggu ini di Ponte Vedra Beach, Florida.

Collin Morikawa, Viktor Hovland dari Norway, Patrick Cantlay dan Scottie Scheffler berpeluang untuk merampas kedudukan berkenaan.

Atau pemain Sepanyol, John Rahm dapat mengekalkan kedudukan nombor satu dunia bagi minggu ke-42 sepanjang kariernya.

Ketika Scheffle melonjak ke tangga kelima kedudukan ranking dunia selepas kejayaan di Jemputan Arnold Palmer, ia adalah kali pertama dalam sejarah lima kedudukan teratas dihuni pemain berusia 30 tahun ke bawah.

Juara di The Players mampu merangkul 80 mata, tatkala kejohanan standard memberikan jumlah mata yang lebih kecil.

Ia membuka peluang buat Morikawa, Hovland, Cantlay dan Scheffler memintas Rahm yang memegang takhta berkenaan sejak Open 2021.

"Kami sentiasa mempercayai diri sendiri dan kedudukan nombor satu dunia juga membuatkan anda percaya bahawa anda boleh meraihnya.

"Bukan hanya dapat beraksi di Jelajah PGA, bukan hanya berada dalam lingkungan 100 atau 50 terbaik dunia tapi mampu menjadi nombor satu dunia," kata Morikawa.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Mac 2022 @ 2:05 PM