PEMAIN nombor satu dunia, Jon Rahm. -FOTO AFP
PEMAIN nombor satu dunia, Jon Rahm. -FOTO AFP
AFP

Rochester, Amerika Syarikat: Pemain nombor satu dunia Jon Rahm, meminjam falsafah Arnold Palmer ketika dia memulakan apa yang dia percaya perlu ada usaha yang berterus untuk mencapai kesempurnaan bermain golf.

Pemain dari Sepanyol itu yang akan beraksi di Kejohanan PGA memburu kejuaraan utama ketiga selepas kejayaan di Masters bulan lalu berkata bahawa golfnya mungkin tidak akan sempurna.

"Ia seperti satu rahmat dalam hidup apabila mengetahui ia kerja yang tidak pernah selesai. Ia pernah boleh dilakukan. Pencarian berterusan," kata Rahm.

"Dalam pemburuan, saya percaya kepada Arnie yang berkata, untuk meraih kejayaan perlu sentiasa berusaha dan itu mungkin benar."

Bagaimanapun, Rahm mencatatkan rekod hadiah wang tahun ini sebanyak AS$14.5 juta (RM64.93 juta), dengan empat kemenangannya termasuk kejayaan Mastersnya.

Dia memadamkan pencapaian pemenang Masters sebelum ini Scottie Scheffler pada 2022 iaitu sebanyak AS$14 juta (RM62.69 juta) termasuk Kejohanan PGA minggu depan di Oak Hill.

"Rasa gembira dengan permainan di mana saya berada sekarang," kata Rahm. "Saya gembira berada dalam prestasi yang baik tahun ini."

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Mei 2023 @ 11:28 AM