Pemain hoki Britain meraikan jaringan ketika menewaskan India, 4-3 dalam perebutan gangsa di Sukan Olimpik Tokyo. FOTO Agensi
Pemain hoki Britain meraikan jaringan ketika menewaskan India, 4-3 dalam perebutan gangsa di Sukan Olimpik Tokyo. FOTO Agensi
Agensi

Tokyo: Britain memenangi pingat gangsa dalam acara hoki wanita di Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas mencatat kemenangan dramatik 4-3 ke atas India.

Pemenang pingat emas 2016 mendahului 2-0 tetapi ketinggalan 3-2 pada suku ketiga.

Mereka bangkit menyamakan kedudukan sebelum Grace Balsdon menjaringkan gol kemenangan menerusi penalti sudut.

Sementara itu, juara dunia Belanda menewaskan Argentina 3-1 untuk mengulangi aksi final London 2012, di mana mereka turut memenangi saingan itu.

Kemenangan Britain bermakna tiga kali Olimpik berturut-turut Britain memenangi pingat, selepas pasukan wanita merangkul gangsa pada 2012.

Kapten Britain, Hollie Pearne-Webb memberitahu BBC Sport: "Tempoh lima tahun kebelakangan ini cukup sukar dan saya sangat bangga dengan mereka.

"Kami berada di sini kerana kami masih menaruh harapan dan terlalu banyak masa sukar di mana kami tidak meragui dapat memperoleh pencapaian ini malah saya sangat berbesar hati dan berbangga."

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Ogos 2021 @ 8:50 PM