Atlet Britain, Dina Asher-Smith. FOTO Agensi
Atlet Britain, Dina Asher-Smith. FOTO Agensi
Agensi

London: Juara Olimpik, Mark Lewis-Francis menjangkakan Dina Asher-Smith akan menamatkan kemarau pingat acara pecut buat Britain dan membawa pulang pingat emas dari Tokyo 2020.

Juara dunia 200 meter (m) Dina memburu kejayaan di Olimpik dalam saingan 100m esok.

Atlet berusia 25 tahun mengetuai pasukan olahraga Britain dalam usaha menjadi atlet wanita British pertama memenangi pingat dalam salah satu acara pecut sejak Dorothy Hyman memenangi pingat perak dan gangsa pada 1960.

Atlet Jamaica, Shelly-Ann Fraser-Pryce antara atlet pilihan untuk menambah kejuaraan 100m pada 2008 dan 2012 selepas mencatat 10.63 saat (s) yang keempat terpantas dalam sejarah, hanya pada bulan lalu.

Tapi Lewis-Francis, yang menjadi tonggak kuartet 4x100m Britain yang memenangi pingat emas di Athens 2004, percaya Dina akan mempamerkan aksi cemerlang dalam temasya sukan terbesar itu.

"Dia menyerlah di kejohanan," kata Lewis-Francis.

"Apabila dia bertanding dia akan memberikan segalanya. Dia atlet yang hebat dan mempunyai personaliti yang bagus.

"Jika dia bertanding di sana dan apabila dia melakukan larian sebenarnya dia mampu mencapai pingat emas, semestinya."

Pasukan Britain mungkin bergelut untuk menyamai rekod cemerlang mereka memenangi tujuh pingat dalam acara trek dan balapan di Rio, tetapi Lewis-Francis percaya terdapat banyak peluang untuk mencipta kejayaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Julai 2021 @ 9:04 PM