GAYA Haziq meraikan kemenangan ke atas Thailand.
GAYA Haziq meraikan kemenangan ke atas Thailand.
Amirul Fazli Zulkafli


Kuala Lumpur: Kehadiran beberapa tekong muda dalam skuad sepak takraw negara memberi mesej positif Malaysia akan sentiasa mempunyai pemain berwibawa di posisi berkenaan dan mempunyai peluang cukup baik untuk terus kekal sebagai salah satu pasukan terbaik dunia.

Tekong nombor satu negara, Syahir Rosdi berkata, mereka dilihat akan menjadi lebih baik darinya namun memerlukan masa dan pendedahan lebih banyak di peringkat tertinggi.

Jelasnya, pemain muda seperti Haziq Hairul Nizam, Zarif Marican Ibrahim Marican, Zuhri Zain dan Syahmi Hussin mempunyai teknik dan kemahiran cukup baik daripada dirinya dan berpotensi menjadi tekong penting buat Malaysia nanti.

"Kalau tengok (level) memang sudah sampai. Cuma pengalaman, bermain dengan tekanan semua. Saya rasa mereka boleh dilakukan lagi. Untuk kemahiran dan bakat, saya rasa melebihi saya.

"Mereka semua punya potensi lebih baik daripada yang kita tengok. Mereka lebih baik daripada saya dan konsisten. Saya harap pada masa akan datang, mereka akan lebih bagus daripada saya," katanya.

Terdahulu, Malaysia bermula cukup cemerlang pada edisi Piala Dunia kali ini apabila muncul juara bagi dua acara iaitu double dan regu dengan membenam Thailand di hadapan ribuan penyokong tanah air.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Mei 2024 @ 5:34 PM