Jade (kanan) ketika bertemu Kimia. FOTO AFP
Jade (kanan) ketika bertemu Kimia. FOTO AFP
Agensi

Tokyo: Atlet taekwondo Britain, Jade Jones mengalami kekalahan mengejutkan di Tokyo selepas pemenang pingat emas dua kali Olimpik itu disingkirkan oleh Kimia Alizadeh Zenoorin.

Kimia yang memenangi gangsa di Rio 2016 ketika mewakili Iran dan beraksi bersama Pasukan Pelarian Olimpik kali ini, mengejutkan juara bertahan itu pada pusingan pertama.

Kejutan itu memberi tamparan hebat kerana Jade adalah prospek pingat emas untuk Britain.

Jade sedang memburu emas ketiganya dalam kategori wanita -57 kilogram (kg) selepas meraih emas di London dan Rio.

Kimia menewaskan Jade dengan keputusan 16-12 sekali gus meraikan kejayaannya itu.

Jade masih berpeluang untuk meraih gangsa menerusi aksi repechage namun ia bergantung kepada sama ada Kimia dapat melangkah ke final.

Rakan baik Jade, Bianca Walkden dilihat menangis di tempat duduk penonton bersama beberapa rakan sepasukan Jade yang lain.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Julai 2021 @ 1:07 PM