PENYOKONG Sepanyol bersorak sebelum perlawanan separuh akhir Euro 2020 menentang Itali di Wembley, hari ini. FOTO AFP
PENYOKONG Sepanyol bersorak sebelum perlawanan separuh akhir Euro 2020 menentang Itali di Wembley, hari ini. FOTO AFP
AFP

London: Alvaro Morata digugurkan daripada kesebelasan utama Sepanyol pada aksi separuh akhir 2020 menentang Itali di Wembley, hari ini, dan tempatnya diambil alih Mikel Oyarzabal.

Morata yang dikritik hebat di sepanjang kejohanan, tetapi berada dalam kesebelasan utama setiap perlawanan dan menjaringkan dua gol.

Sebelum ini, penyerang Real Sociedad, Oyarzabal digunakan sebagai pemain gantian oleh jurulatih, Luis Enrique, tetapi dia menjaringkan gol sepakan penalti penentuan ketika menewaskan Switzerland di suku akhir Saint Petersburg.

Luis Enrique melakukan tiga pertukaran apabila memasukkan Dani Olmo di sayap kiri bagi menggantikan Pablo Sarabia yang cedera dan Eric Garcia di bek tengah menggantikan Pau Torres.

Bagi Itali, Emerson Palmieri dari Chelsea diturunkan sebagai bek kiri menggantikan Leonardo Spinazzola yang cedera dan tersisih daripada kejohanan.

Ia satu-satunya rombakan dilakukan Roberto Mancini selepas mereka mengatasi Belgium 2-1 di suku akhir di Munich.

Spinazzola yang dianggap antara pemain terbaik kejohanan ini mengalami masalah tendon Achilles koyak pada perlawanan itu.

Itali kini memiliki rekod 32 perlawanan tanpa kalah pada ketika kedua-dua pasukan bertemu di peringkat kalah mati Kejuaraan Eropah kali keempat berturut-turut.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Julai 2021 @ 2:34 AM