OYARZABAL (kiri) meraikan jaringannya bersama pemain tengah Sepanyol, Mikel Merino. FOTO AFP
OYARZABAL (kiri) meraikan jaringannya bersama pemain tengah Sepanyol, Mikel Merino. FOTO AFP
AFP

Paris: Mikel Oyarzabal memanfaatkan kesilapan dilakukan kapten Switzerland, Granit Xhaka untuk mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas Sepanyol pada saingan Liga Negara-Negara, hari ini.

Berlangsung di Estadio Alfredo Di Stefano di Madrid, Oyarzabal yang juga penyerang Real Sociedad menjaringkan gol minit ke-14.

Ia berpunca selepas Xhaka tergelincir ketika mahu menerima bola hantaran penjaga gol, Yann Sommer.

Mikel Merino merampas bola itu untuk diberikan kepada Oyarzabal yang kemudian menyempurnakannya dengan menewaskan Sommer.

"Saya gembira dengan kemenangan ini dan memberikan tiga mata kepada pasukan," kata Oyarzabal.

"Kami tahu yang Switzerland adalah pasukan kuat dan mereka mahu mempamer aksi terbaik kerana mahu mengumpul lebih banyak mata.

"Kami juga tahu bahawa kami mengambil risiko dengan memberi tekanan kepada lawan kerana kami percaya mampu mengecewakan mereka dan itulah yang berlaku pada perlawanan hari ini."

Oyarzabal berpeluang menambah gol kedua pada minit ke-52 namun rembatannya terkena palang gol.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Oktober 2020 @ 7:59 AM