PEMAIN Serbia (jersi putih) terpaksa berdepan satu lagi kesukaran selepas kehilangan empat pemain menjelang aksi Liga Negara-Negara UEFA. FOTO AFP
PEMAIN Serbia (jersi putih) terpaksa berdepan satu lagi kesukaran selepas kehilangan empat pemain menjelang aksi Liga Negara-Negara UEFA. FOTO AFP
AFP

Belgrade: Tiga pemain Serbia diuji positif Covid-19 menjelang aksi Liga Negara-Negara UEFA menentang Russia awal pagi esok.

Pemain tengah, Sergej Milinkovic-Savic, pemain sayap, Hellas Verona Darko Lazovic dan penjaga gol Basel, Djordje Nikolic diperintah melakukan pengasingan kendiri selepas ujian dilakukan ke atas semua pemain semalam.

Berdasarkan peraturan Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA), ketiga-tiga mereka perlu meninggalkan kem latihan dan melakukan kuarantin.

Serbia sebelum ini terpaksa melupakan khidmat ketua pasukan, Aleksandar Kolarov, yang meninggalkan pasukan dan kembali pulang ke Itali, selepas disahkan positif Covid-19.

Kolarov hanya berada di bangku simpanan minggu lalu ketika kalah kepada Scotland menerusi penentuan penalti menyebabkan Serbia gagal ke saingan Euro tahun depan.

Serbia berada di tangga terbawah Kumpulan B3 Liga Negara-Negara UEFA yang turut menempatkan Russia, Hungary dan Turki.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 November 2020 @ 11:49 PM