SCHICK (kiri) mengalami kecederaan ketika menentang Georgia. FOTO AFP
SCHICK (kiri) mengalami kecederaan ketika menentang Georgia. FOTO AFP
Reuters

Munich: Penyerang Republik Czech, Patrik Schick akan terlepas perlawanan terakhir Kumpulan F Euro 2024 negaranya menentang Turkiye pada Khamis ini kerana kecederaan, lapor media Czech hari ini.

Schick - penjaring terbanyak bersama pada kejohanan Euro yang lalu - terhincut-hincut sejurus selepas menyamakan kedudukan menentang Georgia dalam keputusan seri 1-1.

Jurulatih Czech, Ivan Hasek berkata, Schick akan menerima rawatan dengan harapan untuk bermain tetapi CT Sport melaporkan bahawa penyerang Bayern Leverkusen itu tidak akan beraksi.

Selepas tewas kepada Portugal dan seri dengan Georgia, Czech boleh menduduki tempat kedua dan layak dengan menewaskan Turkiye.

Keputusan seri juga mungkin menjamin salah satu daripada empat tempat terbaik di tempat ketiga.

Turkiye berada dalam kedudukan yang kukuh untuk layak ke peringkat kalah mati jika mereka dapat mengelak tewas kepada Czech di Hamburg.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Jun 2024 @ 9:58 PM