AKSI David Marshall yang cuba menyelamatkan gawangnya dari dibolosi. FOTO AFP
AKSI David Marshall yang cuba menyelamatkan gawangnya dari dibolosi. FOTO AFP
AFP

Prague: Penjaga gol Republik Czech, Tomas Vaclik meluahkan rasa simpati terhadap David Marshall dari Scotland yang tewas hasil sepakan dari jarak 45 meter yang menyaksikan Czech menang perlawanan pembukaan kedua-dua pasukan itu di Euro2020 dengan 2-0.

Penyerang Czech, Patrik Schick mengambil bola lantunan hasil rembatan Jack Hendry untuk menyepak dari kawasan tengah ketika Marshall keluar dari posisinya.

"Saya simpati dengannya. Saya melihat babak itu di Twitter dan Instagram," kata Vaclik kepada wartawan ketika gambar Marshall berusaha menyelamatkan bola sehingga terperangkap di jaring tular di media sosial.

"Dalam Euro... penjaga gol perlu kekal di posisinya," kata Vaclik yang dijangka akan meninggalkan Sevilla musim panas ini.

"Saya rasa dia berada di tempat yang betul, saya juga melihat dari sudut belakang gol, gambar dari belakang gol, dia segera berlari apabila bola itu melantun."

Schick membuka jaringan menerusi tandukan pada separuh masa pertama sebelum mencipta sesuatu yang dilabelkan sebagai 'sentuhan bijak' bagi mengesahkan kemenangan pasukannya pada minit ke-52 di Hampden Park.

"Jelas sekali ia adalah gol yang luar biasa dari Patrik dan saya rasa tiada apa yang boleh dilakukan David. Ia adalah gol yang mengagumkan," kata Vaclik.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Jun 2021 @ 9:32 PM