PENJAGA gol Scotland, David Marshall gagal menangkap bola sepakan Patrik Schick dari tengah pada yang membolehkan Republik Czech menang 2-0. FOTO AFP.
PENJAGA gol Scotland, David Marshall gagal menangkap bola sepakan Patrik Schick dari tengah pada yang membolehkan Republik Czech menang 2-0. FOTO AFP.
AFP

Glasgow: Aksi genius penyerang Bayer Leverkusen, Patrik Schick mencalarkan kepulangan Scotland beraksi dalam kejohanan utama, kata jurulatih Republik Czech, Jaroslav Silhavy selepas mereka menang 2-0 Hampden pada perlawanan Kumpulan D Euro 2020, hari ini.

Tandukan Schick sebelum rehat meletakkan Czech di depan, tetapi sepakan lambung dari garisan tengah Scotland pada minit ke-52 akan dikenang sebagai antara gol terhebat sepanjang zaman Kejuaraan Eropah.

"Kami tahu dia memang genius, dia tahu bagaimana mahu menjaringkan gol dan itulah sebab dia mampu melakukannya," kata Silhavy.

"Gol kedua itu adalah sesuatu dari luar dunia ini dan kita jarang menyaksikan gol sedemikian sejak sekian lama."

Schick berkata, dia nampak penjaga gol Scotland, David Marshall keluar dari garisannya lebih awal dan dia menggunakan peluang dengan sepakan lambung yang melencong untuk menghasilkan gol dari jarak 50 meter.

"Penjaga gol agak ke depan, saya nampak dia keluar, jadi saya menyepak bola dan ia terus menerjah dalam gawang," kata Schick.

"Ia seperti kisah dongeng apabila menjaringkan gol seperti itu," kata pemain tengah Czech, Tomas Soucek.

"Pemain lain boleh berhenti daripada cuba menjaringkan gol terbaik kejohanan ini kerana tugas itu sudah pun selesai hari ini."

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Jun 2021 @ 1:10 AM