PEMAIN Georgia cuba menenangkan Lobjanidze (tengah). FOTO Agensi
PEMAIN Georgia cuba menenangkan Lobjanidze (tengah). FOTO Agensi
Reuters

Hamburg: Georgia yang tampil buat kali pertama dalam saingan Euro masih lagi bersemangat untuk mara ke peringkat kalah mati tetapi tugas itu akan menjadi lebih mudah jika pemain gantian, Saba Lobjanidze mengambil peluang keemasan pada masa kecederaan ketika mereka mencatat keputusan seri 1-1 menentang Republik Czech sebentar tadi.

Negara berkenaan, yang juga pasukan ranking paling rendah dalam kejohanan itu, memperoleh mata pertama mereka di Euro, tetapi ia boleh menjadi tiga dengan mudah.

Serangan terakhir mereka pada masa kecederaan separuh masa kedua berakhir dengan Lobjanidze meledak rembatan melepasi gawang gol.

"Dia (Lobjanidze) adalah orang yang paling mahu menjaringkan gol, tetapi tidak berjaya," kata penjaga gol Georgia dan pemain terbaik perlawanan, Giorgi Mamardashvili.

Pemain dan kakitangan kejurulatihan Georgia berlari untuk menenangkan Lobjanidze pada wisel penamat, dan Mamardashvili menggesanya untuk terus berusaha dan menjaringkan gol dalam perlawanan terakhir kumpulan menentang Portugal.

"Dari atas segala-galanya kelihatan lebih mudah, tetapi sangat sukar untuk beraksi dalam situasi itu kerana anda mempunyai masa yang lebih sedikit daripada yang kelihatan di tempat penonton, jadi apa sahaja yang dia lakukan, dia melakukannya dengan betul, tetapi dia tidak menjaringkan gol.

"Dia seorang pemain bola sepak yang hebat dan dia pasti akan menjaringkan gol dalam perlawanan seterusnya... dia sepatutnya berbangga kerana kami memperoleh mata pertama menentang Republik Czech," katanya.

Jurulatih Georgia Willy Sagnol juga mahu pemain itu fokus pada perkara positif.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Jun 2024 @ 12:57 AM