LEWANDOWSKI kecewa selepas pasukannya Poland mengalami kekalahan kedua seterusnya tersingkir daripada Euro 2024. -FOTO Reuters
LEWANDOWSKI kecewa selepas pasukannya Poland mengalami kekalahan kedua seterusnya tersingkir daripada Euro 2024. -FOTO Reuters
Reuters

Berlin: Poland tersingkir daripada Euro 2024 berikutan keputusan seri 0-0 Belanda dan Perancis.

Perlawanan itu berlangsung sejurus selepas Poland tewas 1-3 kepada Austria awal pagi tadi.

Poland sebelum ini tewas 1-2 kepada Belanda dalam perlawanan pembukaan mereka dan masih mempunyai baki satu perlawanan menentang Perancis selepas ini.

Biarpun mereka meraih kemenangan dalam perlawanan itu, Poland akan menamatkan kempen Kumpulan D mereka dengan tiga mata tapi tak cukup untuk membawa mereka menduduki dua tempat teratas.

Austria juga mungkin menamatkan saingan dengan tiga mata jika tewas kepada Belanda Selasa ini.

Namun, walaupun Poland mempunyai perbezaan gol yang lebih baik, mereka akan tamat di bawah Austria kerana rekod pertemuan akan digunakan sebagai kriteria pertama untuk memisahkan pasukan yang mempunyai jumlah mata yang sama dalam pertandingan UEFA, berbeza dengan Piala Dunia FIFA.

Sementara itu, Perancis dan Belanda sudah mempunyai empat mata setiap satu.

Sementara itu jurulatih Poland, Michal Probierz berkata, pasukannya sudah terlambat untuk memasukkan penjaring terbanyak sepanjang zaman Robert Lewandowski selepas perlawanan sudah berlangsung dua pertiga ketika menentang Austria.

"Kami tahu bahawa ini akan menjadi perlawanan yang sangat intensif, dan kami memutuskan dengan pasukan perubatan, dan Lewandowski sendiri, bahawa dia tidak akan bermula dari minit pertama," katanya selepas kekalahan Poland 1-3 kepada Austria sebentar tadi.

"Kami berharap kami dapat menembusi pertahanan Austria pada separuh masa kedua, sayang kami tidak menjaringkan gol," tambahnya.

Lewandowski, yang tidak dapat beraksi ketika kekalahan 1-2 kepada Belanda dalam perlawanan pertama kumpulan kerana kecederaan, menyerikan penonton apabila masuk selepas sejam aksi berlangsung.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Jun 2024 @ 10:02 AM