LEWANDOWSKI kelihatan sugul selepas perlawanan. FOTO Reuters
LEWANDOWSKI kelihatan sugul selepas perlawanan. FOTO Reuters
Reuters

Berlin: Jurulatih Poland, Michal Probierz berkata, pasukannya sudah terlambat untuk memasukkan penjaring terbanyak sepanjang zaman Robert Lewandowski selepas perlawanan sudah berlangsung dua pertiga ketika menentang Austria.

"Kami tahu bahawa ini akan menjadi perlawanan yang sangat intensif, dan kami memutuskan dengan pasukan perubatan, dan Lewandowski sendiri, bahawa dia tidak akan bermula dari minit pertama," katanya selepas kekalahan Poland 1-3 kepada Austria sebentar tadi.

"Kami berharap kami dapat menembusi pertahanan Austria pada separuh masa kedua, sayang kami tidak menjaringkan gol," tambahnya.

Lewandowski, yang tidak dapat beraksi ketika kekalahan 1-2 kepada Belanda dalam perlawanan pertama kumpulan kerana kecederaan, menyerikan penonton apabila masuk selepas sejam aksi berlangsung.

Kemasukannya melegakan peminat yang tertanya-tanya sama ada dia akan menghabiskan masa penuh 90 minit di bangku simpanan.

Bagaimanapun, kehadirannya di atas padang gagal diterjemahkan sebagai kelebihan untuk pasukannya mencatat kemenangan.

Poland terikat pada separuh masa pertama dengan Austria yang mendahului hasil gol selepas sembilan minit beraksi, sebelum penyerang Krzysztof Piatek menyamakan kedudukan pada minit ke-30.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Jun 2024 @ 4:50 AM