BELLINGHAM ditenangkan bapa dan abangnya. FOTO PA
BELLINGHAM ditenangkan bapa dan abangnya. FOTO PA
KANE berpelukan dengan  isterinya selepas tamat perlawanan. FOTO PA
KANE berpelukan dengan isterinya selepas tamat perlawanan. FOTO PA
Agensi

Frankfurt, Jerman: Bintang bola sepak England terpaksa ditenangkan isteri dan keluarga masing-masing selepas hanya mampu seri 1-1 dengan Denmark di Euro 2024, awal pagi tadi.

Skuad Three Lions yang sebelum ini menang tipis 1-0 ke atas Serbia sekali lagi tampil hambar di Frankfurt dan kini tak boleh kalah di tangan Slovenia pada Selasa depan untuk menempah tempat ke peringkat kalah mati.

Harry Kane membuka tirai jaringan untuk England tetapi dikeluarkan oleh Gareth Southgate pada minit ke-69 dan selepas sejurus tiupan wisel penamat dia berpelukan dengan isterinya Kate yang memakai jersi Three Lions bernombor sembilan.

Jude Bellingham yang menjaringkan gol pada perlawanan pertama tetapi bergelut ketika menentang Denmark turut bersama keluarganya di tempat duduk penonton.

Pemain tengah itu kelihatan kecewa ketika bersama ibunya

Denise, bapanya Mark dan adiknya Jobe.

Bellingham turut dipeluk ibu bapanya manakala Kyle Walker yang membantu Kane menjaringkan gol turut menemui anaknya selepas tamat perlawanan.

Dua pemain Arsenal Aaron Ramsdale dan Declan Rice menemui isteri dan anak masing-masing manakala Bukayo Saka ditemani teman wanitanya Tolami Benson.

England akan kembali beraksi pada Selasa ini menentang Slovenia dan Gareth Southgate berharap Luke Shaw dapat pulih daripada kecederaan selepas dia turut kelihatan bersama keluarganya di tempat duduk penonton.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Jun 2024 @ 11:34 AM