COOPER mengikat kontrak selama tiga tahun di Leicester. FOTO Reuters
COOPER mengikat kontrak selama tiga tahun di Leicester. FOTO Reuters
AFP

London: Leicester City melantik bekas bos Nottingham Forest, Steve Cooper sebagai pengurus baharu mereka, kata kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) yang baru dinaikkan pangkat itu.

"Kelab Bola Sepak Leicester City hari ini boleh mengesahkan pelantikan Steve Cooper sebagai pengurus baharu kami menjelang musim EPL 2024/25. Steve, 44, bersetuju dengan kontrak selama tiga tahun," kata kelab itu dalam satu kenyataan.

Cooper mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Enzo Maresca, yang menyertai Chelsea awal bulan ini.

Maresca, 44, mengemudi juara EPL 2016 Leicester kembali ke liga teratas England selepas hanya satu musim dalam saingan Liga Kejuaraan.

Bekas pengurus Brighton dan Chelsea, Graham Potter, serta Carlos Corberan dari West Brom, juga dikaitkan dengan peranan Leicester tetapi Cooper yang mendapat jawatan itu.

"Saya sangat teruja dan bangga dilantik sebagai pengurus pasukan utama Leicester City," kata Cooper.

"Ini adalah kelab yang hebat dengan sejarah yang kaya dan penyokong yang bersemangat.

"Saya teruja untuk bekerja dengan skuad yang begitu berbakat dan saya menantikan cabaran untuk mencapai cita-cita bersama kami dalam EPL."

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Jun 2024 @ 7:36 PM