PUSINGAN kelima Piala FA Forest menentang Huddersfield. -FOTO Reuters
PUSINGAN kelima Piala FA Forest menentang Huddersfield. -FOTO Reuters
AFP

London: Nottingham Forest menempah pertembungan suku akhir Piala FA menentang Liverpool apabila kelab Liga Kejuaraan itu menewaskan Huddersfield 2-1 pada pusingan kelima semalam.

Forest akan menentang skuad kendalian Jurgen Klopp di City Ground pada 20 Mac selepas mempamerkan kebangkitan menewaskan Huddersfield.

Ia adalah pertembungan Liverpool yang pertama dalam saingan Piala FA menentang Forest sejak 1989 yang menyaksikan kehadiran penonton yang terlalu ramai di tempat duduk pada separuh akhir di Hillsborough ketika itu membawa kepada kematian 97 penyokong kelab itu Anfield.

Perlawanan itu ditangguhkan dengan Liverpool akhirnya memenangi perlawanan yang diaturkan semula di Old Trafford.

Forest akan melayan kunjungan Liverpool yang menyasarkan sekali lagi kejuaraan Liga Perdana selepas meraih kemenangan mengejut ke atas Arsenal dan Leicester dalam Piala FA musim ini.

Mereka ke pusingan kelapan Piala FA buat pertama kali dalam tempoh 26 tahun.

Forest ketinggalan apabila Tom Lees meledak menerusi tandukan pada minit ke-13.

Sam Surridge menyamakan kedudukan buat Forest pada minit ke-29 dan Ryan Yates melengkapkan kebangkitan buat skuad kendalian Steve Cooper apabila menanduk masuk lapan minit kemudian.

Bagi Huddersfield yang dikendalikan Carlos Corberan, yang kini berada di tempat kedua dalam Kejuaraan, kekalahan itu menamatkan 18 perlawanan tanpa kalah mereka dalam semua pertandingan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Mac 2022 @ 8:27 AM