Ilkay Gundogan (kanan) cuba melepasi pemain Scotland. FOTO Agensi
Ilkay Gundogan (kanan) cuba melepasi pemain Scotland. FOTO Agensi
AFP

Munich, Jerman: Ketua pasukan Jerman, Ilkay Gundogan menganggap sokongan padu yang diterima rakan sepasukannya ketika membelasah Scotland 5-1 awal pagi tadi cukup mengujakan.

Katanya, suasana pada aksi pembukaan Euro 2024 itu amat meriah dan ia ternyata membangkitkan motivasi barisan pemain beraksi dengan lebih garang.

"Kami bermain satu perlawanan yang amat bagus. Bermain dengan tekanan yang benar-benar bagus, menjaringkan banyak gol.

"Inilah caranya yang patut kami lakukan, inilah caranya untuk anda bermula," kata pemain tengah menyerang Barcelona itu.

Gundogan yang menggerakkan bahagian tengah pasukan berharap sokongan seperti ini akan kekal hingga penghujung saingan dengan tuan rumah menyasarkan untuk menjuarai kejohanan itu.

Selain Gundogan, Jamal Musiala turut memuji sokongan padu penyokong pada perlawanan itu.

"Kami saksikan suasana itu di seluruh negara dan inilah yang kami mahukan," kata Musiala yang diumumkan sebagai pemain terbaik perlawanan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Jun 2024 @ 8:35 AM