PENGENDALI Sri Pahang FC, Fandi Ahmad. -FOTO Sri Pahang FC
PENGENDALI Sri Pahang FC, Fandi Ahmad. -FOTO Sri Pahang FC
Asrol Awang

Kuantan: Tiga pemain import baharu Sri Pahang FC diyakini mampu memikul tugasan yang diberikan dengan sebaik-baiknya saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/2025.

Pengendali Tok Gajah, Fandi Ahmad berkata, Mykola Ahapov dari Ukraine, Manuel Hidalgo (Argentina) dan Aleksandar Cvetkovic (Serbia) diharap melengkapkan posisi di bahagian serangga, tengah dan pertahanan.

"Ahapov dilihat mampu berperanan di bahagian sayap dalam usaha membantu Kpah Sherman di bahagian serangan dalam memperkasakan jentera hadapan pasukan.

"Dengan adanya Hodalgo dan Cvetkovic, bahagian tengah dan pertahanan berada pada kedudukan terbaik dalam menyekat pasukan lawan," kata Fandi yang juga bekas pemain Pahang.

Musim baharu ini, skuad Tok Gajah menampilkan enam import, termasuk tiga import baharu dalam usaha melakar keputusan lebih baik berbanding musim lalu.

Tiga import musim lalu yang dikekalkan ialah Sherman dari Liberia, Stefano Brundo (Argentina) dan Kuvondik Ruziev (Uzbekistan).

Namun, Sri Pahang turut mempertaruhkan enam pemain tempatan baharu iaitu Adam Nor Azlin, Sean Selvaraj, Asnan Ahmad, T Saravanan, Hasnul Zaim dan penjaga gol, Azfar Arif.

Pada masa sama, pengalaman dimiliki Fadhli Shas, Nor Azam Azih dan Izham Tarmizi Roslan memberi kekuatan buat Sri Pahang untuk mencatat keputusan lebih baik.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 April 2024 @ 12:54 PM