SHERMAN (kanan) gigih berlatih bersama rakan sepasukan. FOTO FB SRI PAHANG FC
SHERMAN (kanan) gigih berlatih bersama rakan sepasukan. FOTO FB SRI PAHANG FC
Asrol Awang


Kuantan: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kelab Bolasepak Sri Pahang (SPFC), Datuk Mohammed Suffian Awang mengesahkan enam pemain import dipertaruhkan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/2025.

Beliau berkata, setakat ini, tiada sebarang perubahan sama ada untuk untuk menambah pemain import baharu dan keputusan semasa ialah masih kekal dengan enam import.

"Sama ada akan menyenaraikan pemain import baharu belum diputuskan lagi kerana masih berpuas hati dengan enam import yang diumumkan sebelum ini.

"Saya menafikan ada import baharu akan menyertai Sri Pahang seperti tular di media sosial minggu lalu," katanya.

Bagi saingan Liga M musim baharu, enam import termasuk tiga import baharu didaftarkan menyertai skuad kendalian Fandi Ahmad itu.

Mereka ialah Kpah Sherman dari Liberia, Stefano Brundo (Argentina) dan Kuvondik Ruziev (Uzbekistan) yang dikekalkan manakala tiga import baharu ialah Mykola Ahapov dari Ukraine, Manuel Hidalgo (Argentina) dan Aleksandar Cvetkovic (Serbia).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 April 2024 @ 9:33 PM