PEMAIN Sri Pahang FC gigih menjalani latihan menjelang saingan Liga Super, pertengahan Mei depan. FOTO SRI PAHANG FC
PEMAIN Sri Pahang FC gigih menjalani latihan menjelang saingan Liga Super, pertengahan Mei depan. FOTO SRI PAHANG FC
Asrol Awang


Kuantan: Sri Pahang FC akan mengadakan Majlis Pelancaran Jersi dan Pemain Sri Pahang FC musim 2024/2025 di sebuah hotel di sini, esok.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kelab Bolasepak Sri Pahang (SPFC), Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, peminat diharap menantikan jersi baharu skuad itu.

"Esok, Sri Pahang bukan sahaja memperkenalkan pemain tempatan dan import bagi musim baharu, malah jersi baharu turut diperkenalkan.

"Kita harap musim baharu ini Sri Pahang yang dikendalikan Fandi Ahmad dapat beroleh kejayaan," katanya.

Pada musim baharu ini, Sri Pahang mempertaruhkan enam import iaitu Kpah Sherman dari Liberia, Stefano Brundo (Argentina) dan Kuvondik Ruziev (Uzbekistan) yang beraksi musim lalu.

Manakala, tiga import baharu yang dibawa masuk ialah Mykola Ahapov dari Ukraine, Manuel Hidalgo (Argentina) dan Aleksandar Cvetkovic (Serbia).

Enam pemain baharu tempatan ialah Adam Nor Azlin, Sean Selvaraj, Asnan Ahmad, Hasnul Zaim, T Saravanan dan penjaga gol, Azfar Arif.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 April 2024 @ 9:13 PM