Pasukan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang menjadi pencabar utama pada kejohanan bolasepak Piala Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia (KPPSM) 2024 di Universiti Putra Malaysia (UPM), Selangor esok. FOTO MOHD RAFI MAMAT
Pasukan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang menjadi pencabar utama pada kejohanan bolasepak Piala Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia (KPPSM) 2024 di Universiti Putra Malaysia (UPM), Selangor esok. FOTO MOHD RAFI MAMAT
Mohd Rafi Mamat


Kuantan: Sebanyak sembilan pasukan negeri akan berentap memburu kejuaraan pada kejohanan bolasepak Piala Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia (KPPSM) 2024 di Universiti Putra Malaysia (UPM), Selangor esok.

Kejohanan yang diadakan selama tiga hari itu dibahagikan kepada dua kumpulan.

Juara akan membawa pulang piala pusingan dan hadiah iringan.

Pasukan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) yang berada dalam kumpulan B dijangka menjadi pencabar utama kejohanan kali ini.

Berada dalam kumpulan sama Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu dan gabungan Jabatan Perhutanan Negeri Perak dan Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang.

Pengurus JPNP, Arifhadi Johari Affandi, berkata JPNP membariskan beberapa pemain berpengalaman yang mampu mencetuskan kejayaan pada kejohanan kali ini.

"Kita mengadakan latihan lebih dua minggu yang turut membabitkan perlawanan persahabatan bagi membentuk persefahaman yang lebih berkesan dikalangan pemain," katanya pada majlis penyerahan jersi pasukan yang disempurnakan pengarah JPNP, Roslan Rani, di sini semalam.

Beliau menambah, sasaran penyertaan pada kejohanan kali ini melangkah ke perlawanan akhir sebelum memburu kejuaraan kali pertama.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Februari 2024 @ 2:05 PM