MOHD Ridza (kanan) menyampaikan piala kepada Roslan Rani selepas JPNP muncul juara Kejohanan Bolasepak Piala KPPSM 2024. FOTO MOHD RAFI MAMAT
MOHD Ridza (kanan) menyampaikan piala kepada Roslan Rani selepas JPNP muncul juara Kejohanan Bolasepak Piala KPPSM 2024. FOTO MOHD RAFI MAMAT
Mohd Rafi Mamat


Kuantan: Lebih 60 pemain akan bersaing pada kejohanan boling merebut Piala Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia (KPPSM) 2024 di Kuantan Premium Lanes, di sini, Sabtu ini.

Kejohanan kali pertama diperkenalkan itu disertai pasukan jabatan perhutanan negeri yang bersaing dalam kategori berpasukan membabitkan empat pemain termasuk seorang wanita.

Setiap pasukan negeri perlu menghantar dua pasukan dengan enam pasukan mewakili Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM).

Turut diadakan kategori VIP dan jemputan dengan juara akan membawa pulang piala pusingan, hadiah iringan, medal dan wang tunai.

Jurucakap penganjur JPNP, Norshazlee Roslee berkata, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia, Datuk Mohd Ridza Awang dan Pengarah JPNP, Roslan Rani dijangka turut bersaing dalam kategori VIP.

"Pertandingan dijalankan secara dua blok membabitkan tiga game, kedudukan lorong akan ditentukan penganjur sebelum pertandingan bermula.

"Hadian jatuhan pin tertinggi turut disediakan untuk pemain lelaki dan wanita," katanya.

Tambahnya, pada Februari lalu diadakan kejohanan bola sepak Piala KPPSM 2024 yang disertai sembilan pasukan jabatan perhutanan negeri di Universiti Putra Malaysia (UPM), Selangor.

Kejohanan tiga hari itu menyaksikan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) muncul juara selepas menewaskan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu (JPNT) 4-0.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 April 2024 @ 8:28 PM