JURGEN Klinsmann. FOTO AFP
JURGEN Klinsmann. FOTO AFP
AFP

Doha: Jurgen Klinsmann mengisytiharkan selain pencapaian muncul juara di Piala Asia Qatar selepas kali terakhir pada 1960, adalah satu kegagalan buat Korea Selatan.

Ia adalah sasaran berani bagi seorang jurulatih yang tidak memenangi lima perlawanan pertamanya membimbing Korea Selatan dan tidak pernah mencapai tahap sama ketika sebagai pemain.

Penyokong Korea Selatan meragui pelantikan penyerang legenda Jerman itu 11 bulan lalu memandangkan rekod kejurulatihannya yang kurang cemerlang dan dia pantas menerima kritikan susulan permulaan yang buruk.

Bekas jurulatih Amerika Syarikat (AS) berusia 59 tahun itu juga berdepan kritikan daripada media dan peminat yang mengatakan dia menghabiskan lebih banyak masa di rumah di California berbanding di Korea Selatan.

Korea menunjukkan peningkatan tetapi kegagalan di Piala Asia dekat Qatar boleh menamatkan karier kejurulatihan Klinsmann.

Beliau bagaimanapun percaya pasukan yang diketuai oleh Son Heung-min itu mampu memenangi Piala Asia buat kali pertama dalam tempoh lebih 60 tahun.

"Kami perlu meletakkan sasaran tertinggi dan jika kami tidak mencapainya, maka itu adalah kesalahan jurulatih, tiada masalah," katanya.

Korea diundi dalam Kumpulan E bersama-sama Jordan, Bahrain dan Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 January 2024 @ 6:13 PM