AKSI antara Korea Selatan di Seoul di mana kedua-dua pasukan terikat 1-1. FOTO AFP
AKSI antara Korea Selatan di Seoul di mana kedua-dua pasukan terikat 1-1. FOTO AFP
AFP

Seoul: Son Heung Min berjaya menjaringkan gol tetapi Korea Selatan diikat 1-1 di laman sendiri oleh Thailand dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia sebentar tadi bagi aksi pertama mereka sejak pemecatan Jurgen Klinsmann.

Ia juga perlawanan pertama sejak pendedahan mengenai pergaduhan antara kapten Heung Min dan pemain Paris Saint Germain, Lee Kang In di Piala Asia, di mana Korea Selatan tewas 0-2 kepada Jordan dalam aksi empat terakhir.

Kang In bermula dari bangku simpanan tetapi masuk sejurus selepas Thailand meraih gol penyamaan mengejut di Seoul, dengan Suphanat Mueanta merembat masuk dari jarak dekat sebaik sejam sejam perlawanan berlangsung.

Walaupun menemui jalan buntu, Korea Selatan masih berada di landasan untuk mara ke peringkat kelayakan seterusnya untuk 2026 dan menduduki tangga teratas kumpulan mereka dengan tujuh mata daripada tiga perlawanan.

Dengan jurulatih bawah 23 tahun Hwang Sun Hong mengambil alih tugas sementara berikutan pemecatan Klinsmann, tuan rumah mendahului tiga minit sebelum separuh masa pertama berakhir.

Penyerang Spurs itu menjaringkan gol, dari jarak dekat untuk meletakkan Korea Selatan dalam perjalanan kemenangan kelayakan ketiga.

Stadium Piala Dunia Seoul yang berkapasiti 66,000 tempat duduk menjadi senyap pada minit ke-61 apabila Suphanat melepaskan rembatan melepasi penjaga gol, Jo Hyeon-woo.

Korea Selatan mempunyai beberapa peluang untuk menjaringkan gol kemenangan, tetapi mereka gagal menembusi pertahanan Thailand yang semakin bekerja keras.

Kedua-dua pasukan bertemu semula pada hari Selasa di Bangkok.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Mac 2024 @ 10:33 PM