CITY menewaskan Huddersfield Town di Stadium Etihad dalam aksi pusingan ketiga Piala FA.
CITY menewaskan Huddersfield Town di Stadium Etihad dalam aksi pusingan ketiga Piala FA.
Reuters

London: Juara bertahan Piala FA Manchester City berdepan misi getir apabila perlu menentang Tottenham Hotspur di tempat lawan manakala Aston Villa diundi berdepan Chelsea di Stamford Bridge dalam saingan pusingan keempat Piala FA.

Pasukan di tangga ketiga City berada satu mata di depan Spurs dengan berkelebihan satu perlawanan dalam tangan di carta Liga Perdana Inggeris (EPL) manakala Villa gah di tangga kedua dengan Chelsea menghuni tangga ke-10.

Fulham menerima kunjungan Newcastle United dan Sheffield United menjadi tuan rumah kepada Brighton & Hove Albion dalam perlawanan membabitkan kelab EPL dengan kesemua aksi berlangsung 27-28 Januari.

Pendahulu liga Liverpool yang menyingkirkan Arsenal di pusingan ketiga mendapat undian lebih mudah apabila skuad

Juergen Klopp menerima kunjungan pemenang di antara Norwich City dan Bristol Rovers.

Pasukan Divisyen Enam Maidstone United yang juga kelab terendah yang masih bersaing berkunjung ke kelab Divisyen Dua Ipswich Town.

Pemenang aksi ulangan antara Crystal Palace dan Everton menjadi tuan rumah pemenang antara Luton Town atau Bolton Wanderers.

Juara 12 kali Piala FA Manchester United yang menewaskan Wigan Athletic awal pagi tadi berdepan Newport County atau Eastleigh di pusingan keempat manakala Wrexham A.F.C.yang mara ke pusingan keempat musim lalu akan berkunjung ke Blackburn Rovers.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 January 2024 @ 7:55 AM