CITY mengalahkan Chelsea menerusi penentuan penalti pada final Piala Liga musim lalu. — FOTO Getty Images
CITY mengalahkan Chelsea menerusi penentuan penalti pada final Piala Liga musim lalu. — FOTO Getty Images
AFP

MANCHESTER City akan memulakan kempen mempertahankan kejuaraan Piala Liga Inggeris dengan bertandang ke kelab divisyen dua Preston North End pada pusingan ketiga bulan depan.

Kelab Liga Kejuaraan, Preston tampil sebagai pasukan pertama cuba menamatkan bidaan City untuk merangkul tiga kejuaraan domestik kali kedua berturut-turut apabila mereka melayan kunjungan juara Liga Perdana itu di Deepdale.

Anak buah Alex Neil membelasah naib juara 2013, Bradford 4-0 pada pusingan kedua awal pagi semalam namun mereka berdepan City yang menjaringkan 27 gol dalam enam perlawanan menentang pasukan liga bawahan musim lalu.

Juara Eropah, Liverpool tewas di tangan Chelsea pada pusingan ketiga musim lalu, namun laluan mereka dijangka lebih mudah bertemu kelab Liga Satu, MK Dons.

Pasukan kendalian Juergen Klopp memegang rekod pemenang terbanyak pertandingan itu dengan lapan kejuaraan.

Naib juara musim lalu Chelsea menanti kunjungan sama ada Grimsby atau Macclesfield, perlawanan mereka ditangguh awal pagi semalam kerana hujan lebat, manakala Arsenal melayan Nottingham Forest di Stadium Emirates dan Tottenham bertandang ke Colchester.

Manchester United akan menentang pasukan jiran Rochdale di Old Trafford.

UNDIAN PUSINGAN KETIGA

Wolverhampton Wanderers mln Reading

Oxford United mln West Ham United

Watford mln Swansea City

Brighton Hove & Albion mln Aston Villa

Sheffield United mln Sunderland

Colchester mln Tottenham Hotspur

Portsmouth mln Southampton

Burton mln Bournemouth

Preston North End mln Manchester City

MK Dons mln Liverpool

Manchester United mln Rochdale

Luton Town mln Leicester City

Chelsea mln Grimsby/Macclesfield

Sheffield Wednesday mln Everton

Arsenal mln Nottingham Forest

Crawley Town mln Stoke City

– Perlawanan pada minggu bermula 23 September

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Ogos 2019 @ 9:02 AM