POGBA diuji positif menggunakan dadah testosteron awal tahun ini. -FOTO AFP
POGBA diuji positif menggunakan dadah testosteron awal tahun ini. -FOTO AFP
AFP

Rome: Paul Pogba bakal berdepan tribunal anti-doping Itali pada 18 Januari ini selepas diuji positif menggunakan dadah testosteron awal tahun ini.

Pemain Juventus dan juga bekas pemain tengah Manchester United itu kini berhadapan dengan hukuman larangan yang bakal dikenakan selepas menjalani perbicaraan di tribunal NADO di Rom.

Tribunal dan wakil Pogba tidak memberikan jawapan terhadap pengesahan tarikh perbicaraan.

Minggu lalu pendakwa raya anti-doping menggesa Pogba, 30, digantung selama empat tahun selepas penggantungan sementaranya pada September.

Pogba boleh mengurangkan hukumannya kepada separuh sekiranya dia boleh membuktikan bahawa dia tidak sengaja mengambil dadah dan berkemungkinan hanya digantung selama beberapa bulan sekiranya dapat membuktikan dia tidak bersalah dan tidak memberi kesan kepada prestasinya.

Wakilnya memberitahu bahawa dia didapati positif mengambil testosteron bulan lalu dan ia berpunca daripada makanan tambahan yang diberikan oleh doktor di Amerika Syarikat.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Disember 2023 @ 10:27 AM