Perbalahan Ten Hag dengan Martial yang berjaya dirakam oleh kamera TV: -FOTO TNT Sports​
Perbalahan Ten Hag dengan Martial yang berjaya dirakam oleh kamera TV: -FOTO TNT Sports​
Agensi

London: Erik ten Hag dan Anthony Martial dilihat bergaduh antara satu sama lain semasa kekalahan 0-1 Manchester United di Newcastle.

Martial diturunkan oleh Ten Hag untuk pertembungan Liga Perdana di St James Park dengan rakan penyerang Ramus Hojlund dinamakan di bangku simpanan.

Ia susulan kejayaan pemain itu menjaringkan gol dan memberikan bantuan dalam kemenangan 3-0 United baru-baru ini menentang Everton di Goodison Park.

Namun Martial gagal kembali prestasi itu. Ten Hag menyelar pemain itu pada pertengahan babak pertama sebelum ketegangan itu reda sejurus sebelum separuh masa dengan pasangan itu menjerit dan memberi isyarat kepada satu sama lain.

Walaupun mereka bertelagah di atas padang, Martial tidak dikeluarkan Ten Hag pada separuh masa.

Dia kekal di atas padang sehingga selepas Anthony Gordon menjaringkan gol.

Ia adalah satu-satunya gol dalam perlawanan itu menamatkan rentetan tiga kemenangan liga berturut-turut untuk pasukan Ten Hag.

Ten Hag turut memberi amaran kepada Marcus Rashford supaya bersedia untuk berbincang dengannya ekoran prestasi hambar yang dipamerkan ketika menentang Newcastle.

Bahasa badan penyerang Manchester United yang dilakukan penyerang itu turut diselar.

Rashford hampir tidak menyentuh bola dan gagal melakukan rembatan ketika United tewas 0-1 di St James Park awal pagi tadi.

Ten Hag menegaskan bahawa dia akan mengadakan perbincangan dengan penyerang itu: "Saya akan bercakap dengannya bukan dengan media.

"Saya tahu isu ini akan datang dan banyak yang Marcus buat. Kami menyokongnya dan dia akan kembali ke prestasinya.

Menggambarkan secara lebih umum tentang kekalahan United, Ten Hag menambah: 'Kami mengalami separuh masa pertama yang sukar namun bermain dengan baik pada separuh masa pertama.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 Disember 2023 @ 11:24 AM