EJEN Rashford bertemu dengan kelab Paris St-Germain. -FOTO AFP
EJEN Rashford bertemu dengan kelab Paris St-Germain. -FOTO AFP
Agensi

London: Pengurus Manchester United, Erik ten Hag berkata dia 'sayang' Marcus Rashford dan menjangkakan penyerang England itu kekal bersama kelab itu musim ini.

Wakil Rashford bertemu dengan kelab Paris St-Germain yang mempunyai minat jangka panjang terhadap pemain itu.

Tetapi Ten Hag mahukan penyerang England yang berusia 24 tahun itu kekal di Old Trafford.

"Dia tahu saya sayangkan dia, dia tahu saya mahu dia berada di sini," kata bos United itu.

"Anda melihat dari hari pertama saya di sini, saya sangat gembira dengan dia."

Ten Hag berkata: "Dia pasti ada dalam perancangan kami di Manchester United.

Rashford bergelut musim lalu - gagal memberi impak selepas terlepas permulaan kempen kerana pembedahan bahu.

Dia menjaringkan empat gol dalam 25 perlawanan penampilan Liga Perdana dan kehilangan tempat dalam skuad kebangsaan.

Penyerang itu memulakan perlawanan pembukaan Liga Perdana Ahad lalu menentang Brighton namun terlepas peluang untuk membawa United kembali ke dalam permainan apabila mereka tewas 2-1.

Ten Hag menolak tanggapan Rashford sudah hilang ketajaman.

"Kami bercakap tentang satu perlawanan," kata pengendali Belanda itu.

"Dalam pra-musim, dia menjaringkan gol. Dia berada di tempat yang betul pada masa yang tepat. Saya tahu dan percaya dia akan menamatkan saingan pada masa hadapan."

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Ogos 2022 @ 10:39 AM