PENGURUS Manchester United, Erik ten Hag berkata sesuatu kepada pemain tengah, Christian Eriksen ketika menentang Atletico Madrid, semalam. FOTO REUTERS
PENGURUS Manchester United, Erik ten Hag berkata sesuatu kepada pemain tengah, Christian Eriksen ketika menentang Atletico Madrid, semalam. FOTO REUTERS
Agensi

London: Pengendali Manchester United, Erik ten Hag berang selepas pemainnya gagal menjaringkan gol sebelum tewas 0-1 kepada Atletico Madrid, semalam.

Kekalahan di Oslo, Norway itu adalah yang pertama buat pengendali dari Belanda itu sejak mengambil alih United, awal musim panas ini.

Joao Felix meledak gol tunggal permainan pada minit ke-86 aksi di Ullevaal Stadion, Oslo, sebelum Fred dibuang padang kerana melakukan kekasaran dalam masa kecederaan.

Ia bukan saja kekalahan pertama United di bawah Ten Hag, tetapi kali pertama mereka gagal menjaringkan gol sepanjang aksi pramusim.

Ten Hag menganggap persembahan anak buahnya tidak boleh diterima selepas mencipta deretan peluang menerusi Harry Maguire, Anthony Martial dan Marcus Rashford, tetapi gagal disudahkan.

"Anda perlu memanfaatkannya jika sudah mencipta peluang. Mereka mempunyai kurang peluang, tetapi menjaringkan satu gol, jadi itu membuatkan saya tidak puas hati.

"Saya beritahu pasukan ia tidak boleh diterima kerana anda perlu tajam di dalam kedua-dua kotak.

"Kami mempunyai peluang menerusi Harry Maguire, jadi ia sepatutnya cukup untuk memenangi perlawanan.

"Bagaimanapun persembahan secara keseluruhan cukup baik. Kami pelajari sesuatu, tetapi yang penting ialah keputusan dan ia tidak bagus," kata Ten Hag.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 Julai 2022 @ 1:21 PM