RASHFORD lebih mendapat kepercayaan Ten Hag (dua kiri). FOTO EPA
RASHFORD lebih mendapat kepercayaan Ten Hag (dua kiri). FOTO EPA
Agensi

London: London: Erik Ten Hag berharap Marcus Rashford dapat meledak 20 gol musim ini dalam usaha memberi tekanan kepada Manchester City untuk perebutan kejuaraan Liga Perdana.

Malah Manchester United dikatakan mempamer aksi lebih baik apabila Rashford membarisi jentera serangan dengan Ronaldo dicadangkan terus memanaskan bangku simpanan.

Ten Hag yang baharu membimbing United musim ini, amat menggemari aksi Rashford.

Bintang berusia 24 tahun itu sudah menjaringkan tiga gol dan dua bantuan gol berbanding lima gol dan dua bantuan jaringan secara keseluruhan pada musim lalu.

Malah Ten Hag memberi jaminan akan melakukan yang terbaik supaya Rashford dapat tersenarai dalam skuad kebangsaan England untuk Piala Dunia di Qatar.

Satu sumber berkata: "Pengurus mahu Marcus menjadi penyerang nombor satu United dan mengetuai barisan di hadapan.

"Dia percaya Marcus mempunyai keupayaan untuk menjadi antara pemain terbaik di dunia dan mahu dia terus membuktikan kemampuannya dalam perlawanan.

"Ten Hag sentiasa memberitahunya untuk memanfaatkan segala peluang. Malah dia memberitahu Marcus yang pemain itu mampu menjaringkan 20 gol musim ini.

"Mereka mempunyai hubungan yang baik dan Marcus sangat gembira."

Sumber itu menambah: "Selagi Ronaldo bermula di bangku simpanan, barisan pemain lain mempunyai keyakinan lebih tinggi untuk membuktikan kemampuan masing-masing."

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 September 2022 @ 5:40 PM