LOCATELLI diketepikan skuad Itali kerana mengalami kecederaan. -FOTO AFP
LOCATELLI diketepikan skuad Itali kerana mengalami kecederaan. -FOTO AFP
AFP

Rome: Manuel Locatelli mengalami kecederaan dan dilaporkan tidak akan menyertai skuad Itali untuk perlawanan terakhir kelayakan Euro 2024 menentang Macedonia Utara dan Ukraine, kata jurulatih Luciano Spalletti.

Spalletti memaklumkan bahawa "Locatelli sudah meninggalkan skuad" tanpa menyatakan kecederaan khusus yang menyebabkan pemain tengah Juventus itu terpaksa meninggalkan kem latihan Azzurri.

Locatelli menyertai kapten AC Milan, Davide Calabria, penjaga gol Napoli Alex Meret dan pertahanan Atalanta, Rafael Toloi untuk menerima rawatan dengan Spalletti kini hanya mempunyai 25 daripada 29 pemain yang pada mulanya dipanggil untuk penentu Kumpulan C.

Perkara itu menyebabkan Spalletti memanggil pertahanan Lazio, Manuel Lazzari untuk membarisi skuadnya.

Itali kini di tempat ketiga, tiga mata di belakang Ukraine yang menduduki tempat kedua untuk kelayakan automatik dalam Kumpulan C tetapi bermain lebih banyak daripada juara Eropah itu.

Pasukan Spalletti menerima kunjungan Macedonia Utara yang menyingkirkan Itali daripada Piala Dunia dalam aksi play-off terakhir di Rom pada Jumaat sebelum menentang Ukraine di Leverkusen pada Selasa depan.

Empat mata daripada dua perlawanan itu akan memberi peluang kepada Itali untuk mempertahankan kejuaraan mereka pada kejohanan musim panas akan datang di Jerman.

Locatelli baru-baru ini menandatangani perjanjian jangka panjang dengan Juventus yang akan mengekalkannya di kelab Serie A itu sehingga 2028.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 November 2023 @ 8:06 AM