Manuel Locatelli beraksi cemerlang bersama Itali di Euro 2020. FOTO Agensi
Manuel Locatelli beraksi cemerlang bersama Itali di Euro 2020. FOTO Agensi
AFP

Rome: Juara Euro 2020 bersama Itali, Manuel Locatelli menyertai Juventus sebagai pemain pinjaman selama dua tahun dari Sassuolo, umum gergasi Serie A itu, hari ini.

Locatelli pemain tengah yang menjaringkan dua gol dalam lima perlawanan ketika Azzurri menjulang trofi Kejuaraan Eropah pada Julai lalu.

Juve akan menandatangani Locatelli secara tetap pada 2023 dengan 37.5 juta Euro (RM185.7 juta) termasuk bonus, selepas perjanjian pinjamannya berakhir.

Pemain berusia 23 tahun itu melakukan penampilan pertama di liga utama bersama AC Milan pada 2016 pemain dari akademi Atalanta sebelum menyertai Sassuolo dua tahun kemudian.

"Sebagai tambahan daripada kejayaannya, Manuel adalah seorang pemain berkualiti dan baik di bahagian tengah. Dia menampilkan aksi yang jarang dimiliki oleh pemain lain," kata Juve.

"Langkah besar yang diambil dalam liga utama, selepas tempoh di Atalanta dan Milan bersama pasukan remaja, hanya mengesahkan bakat yang dimilikinya."

Dia akan menyertai rakan sepasukannya di Euro 2020 antaranya Leonardo Bonucci, Giorgio Chiellini, Federico Chiesa dan Federico Bernardeschi di Stadium Allianz.

Locatelli mungkin melakukan penampilan pertama buat Juve di Udinese pada Ahad, iaitu perlawanan pertama mereka dalam liga musim ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Ogos 2021 @ 8:50 AM