LOCATELLI lebih berminat untuk menyertai Juve berbanding Arsenal kerana mahu beraksi di Liga Juara-Juara. FOTO AFP
LOCATELLI lebih berminat untuk menyertai Juve berbanding Arsenal kerana mahu beraksi di Liga Juara-Juara. FOTO AFP
Agensi

Milan: Juventus akan mengadakan perbincangan lebih lanjut dengan Sassoulo bagi mendapatkan pemain tengah Itali, Manuel Locatelli, yang juga menjadi buruan Arsenal.

Sassuolo meletakkan harga €40 juta (RM199 juta) untuk pemain yang membantu Itali muncul juara Euro 2020 serta meledak dua gol ketika menumpaskan Switzerland 3-0.

Locatelli juga beraksi dalam lima daripada tujuh perlawanan di kejohanan berkenaan.

Juventus menawarkan sebanyak €30 juta (RM149 juta) namun sebagai pinjaman untuk musim 2021/22 dan mempunyai pilihan bagi membeli secara tetap pada musim berikutnya.

Bagaimanapun, Sassuolo menolak tawaran berkenaan dan memberitahu Juve bahawa mereka tidak berminat dengan proses seperti berkenaan.

Locatelli mahu beraksi di Liga Juara-Juara musim ini dan disebabkan itu dia lebih berminat untuk menyertai Juventus.

Arsenal bersedia untuk membayar dengan harga yang sudah ditetapkan namun mereka menunggu apa yang akan berlaku antara Juventus dan Sassuolo sebelum memulakan langkah.

Setakat ini Arsenal bersedia mendapatkan pertahanan Brighton, Ben White dan Albert Sambi Lokonga dari Anderlecht.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Julai 2021 @ 3:01 PM