LOCATELLI (kanan) juga berminat untuk berhijrah ke Turin. FOTO AFP
LOCATELLI (kanan) juga berminat untuk berhijrah ke Turin. FOTO AFP
AFP

Milan: Juventus yakin akan menandatangani pemain tengah Itali, Manuel Locatelli selepas membuat tawaran yang bersesuaian kepada Sassuolo, jelas pengarah kelab, Pavel Nedved.

Locatelli, 23, berjaya mencuri tumpuan selepas menggantikan Marco Verratti yang mengalami kecederaan ketika di Euro 2020 selepas meledak dua gol dalam aksi peringkat kumpulan menentang Switzerland.

"Kami mahukan dia dan dia mahukan kami, kami yakin tawaran yang dibuat adalah sangat baik dan adil," kata Nedved sebelum aksi menentang kelab Serie B, Monza dalam saingan Trofi Berlusconi.

Jurulatih Juve, Massimiliano Allegri mahu Locatelli untuk mengisi bahagian tengah dan bekas pemain AC Milan itu juga berminat ke Turin walaupun laporan mengatakan tawaran yang dibuat jauh lebih rendah dengan harga yang diletakkan sebanyak €40 juta (RM200 juta).

"Kami memberikan tawaran yang sesuai dengan keadaan sekarang saat ini, iaitu di musim Covid. Kami menunggu dengan yakin, kami mahu membawanya ke Juventus," tambah Nedved.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Ogos 2021 @ 9:38 AM